Pengenalan


 Mug           Magnet         Mini Mug       Keychain
d One Kenduri menerima tempahan kad undangan dan cenderamata istimewa untuk majlis pertunangan atau perkahwinan dengan tawaran harga paling istimewa khas untuk anda...

Tempahan Kad Undangan Perkahwinan untuk 500 keping > (kad terpilih) akan menerima bunting / banner PERCUMA!!!

Diskaun Istimewa sehingga 60% khas untuk tempahan cenderamata istimewa sebagai kenangan keluarga dan tetamu.

Segala Pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan dengan KAD UNDANGAN dan CENDERAMATA ISTIMEWA, sila lengkapkan maklumat dalam Borang Pertanyaan/Cadangan/Komen yang disediakan.


Kami akan memberi maklum balas dengan kadar segera

Sekian, terima kasih,
d One Creative & Collection

Prosedur Tempahan


Prosedur Tempahan

1) Pelanggan yang ingin membuat tempahan, hendaklah melengkapkan maklumat pesanan dalam Borang Tempahan dan e-mail kan gambar (sekiranya ada) yang ingin disertakan ke d1collection@yahoo.com

2) Setelah pihak kami menerima pesanan dari pelanggan, proses 'design' akan dilakukan.

3) Pihak kami akak e-mail kan 'design' untuk pengesahan dan maklum balas dari pelanggan.

4) Setelah mendapat persetujuan dan pengesahan berkenaan 'design' dari pelanggan, pelanggan diminta membuat bayaran deposit sebanyak 40% dari jumlah harga tempahan dengan melengkapkan maklumat dalam Borang Pengesahan Bayaran (setelah bayaran dilakukan).

5) Proses penghasilan tempahan akan dilakukan mengambil masa 3 hari - 4 minggu (bergantung pada kuantiti tempahan).

6) Setelah proses penghasilan tempahan siap sepenuhnya, pelanggan perlu menjelaskan baki bayaran sebanyak 60% berserta bayaran kos penghantaran (sekiranya ada) dan lengkapkan maklumat dalam Borang Pengesahan Bayaran (setelah bayaran dilakukan).


Penghantaran hanya akan dilakukan setelah pihak kami mengesahkan penerimaan bayaran dari pelanggan dengan pihak bank.

Resit rasmi akan disertakan bersama tempahan yang dihantar.

7) Kaedah Penghantaran akan dilakukan mengikut pilihan pelanggan. Sekiranya penghantaran melalui Pos Malaysia (Ekspres/Pos Laju), pihak kami akan e-mail kan 'link' penghantaran untuk rujukan pihak pelanggan.

8) Setelah pelanggan selamat menerima tempahan, lafaz Akad JUAL dan BELI akan dilakukan.


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila lengkapkan Borang Pertanyaan/Cadangan/Komen. Kami akan memberi maklum balas dengan kadar segera.

Kategori Produk

 
 Mug                     Mini Mug            Pinggan
Ceramic Tiles            Magnet               Keychain
Kad Perkahwinan       Epoxy Badge        PVC Card